Jeram Toi telah dijumpai semasa pemerintahan British sekitar tahun 1895. Asal namanya diambil sempena nama Tok Batin Toi iaitu seorang ketua puak Orang Asli yang menghuni hutan ini suatu masa dahulu. Mengikut ceritanya, Tok Batin Toi ini seorang pemimpin yang bijaksana hingga berjaya menewaskan sekumpulan orang Rawa dari Sumatera Utara yang datang menyerang Jelebu. Kumpulan orang Rawa itu tidak berdaya untuk berlawan kerana mabuk akibat memakan buah perah yang dimasak mentah dan dijamu oleh Tok Batin Toi. Oleh kerana itu, jeram ini diberi nama Jeram Toi sempena nama Tok Batin Toi kerana kebijaksanaannya menewaskan orang Rawa yang datang menyerang Jelebu.
Thursday, March 18, 2010
SEJARAH JERAM TOI
Subscribe to:
Posts (Atom)